Santai, jamu selera di Dapur Gerabak

Menu di Dapur Gerabak
Menu di Dapur Gerabak
A
A
A

KULIM - Keistimewaan kedai makan Dapur Gerabak yang berkonsepkan kabin menyediakan pelbagai jenis menu menjadikannya lokasi pilihan ramai.

Pengusaha, Mohd Raqib Abu Hassan, 34 berkata lokasi Dapur Gerabak yang terletak di Bukit Kukus Kulim menjadi tarikan kerana suasananya yang luas, selesa dan ruang parkir yang banyak.

Katanya, lebih 130 menu terdapat di Dapur Gerabak yang ditawarkan kepada pelanggan untuk memilih menu kegemaran mereka.

Mohd Raqib
Mohd Raqib

"Di sini terdapat 10 buah kabin yang mana peniaganya menjalankan perniagaan yang berbeza seperti makanan ala barat, masakan tempatan, pencuci mulut, dan pelbagai lagi," katanya.

Menurut Mohd Raqib, meskipun terlalu banyak pilihan, namun pelanggan lebih gemar memilih masakan ala barat yang terdapat di Dapur Gerabak.

"Harganya yang berpatutan dan rasanya yang sedap mampu menarik hati pengunjung dan ada kalangan mereka menjadikan lokasi ini sebagai tempat berbuka puasa," katanya

Bapa kepada tiga orang anak ini mula membuka Dapur Gerabak pada awal Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kami beroperasi setiap hari pada jam 5 petang hingga 12 tengah malam dengan jumlah pekerja seramai 27 orang," katanya.

Mohd Raqib (berdiri dua dari kanan) bergambar bersama 27 pekerja Dapur Gerabak.
Mohd Raqib (berdiri dua dari kanan) bergambar bersama 27 pekerja Dapur Gerabak.

Katanya, pelanggan lebih ramai pada jam 8 hingga 11 malam kerana itu adalah waktu bersantai bersama keluarga.

Tambah Mohd Raqib, setiap bulan beliau akan menjemput pelajar tahfiz bagi mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil.

"Dalam saya berusaha mencari rezeki saya juga mengharapkan rezeki yang saya peroleh mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada orang lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!