[VIDEO] 'Arwah beritahu nak berehat, tak sangka arwah betul-betul 'rehat' - Isteri anggota Rela


Demikian kata Maniliza Abdul Hamid, isteri kepada Ketua Jurulatih Jabatan Sukarelawan Malaysia(Rela) Negeri Sembilan, arwah Muhammad Noh Muhammad Isa, yang meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan, di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, pada pagi Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Menurut ibu kepada tiga anak berkenaan, beberapa hari sebelum perbarisan terbabit arwah mengadu kepenatan dan mengatakan dia mungkin pengsan pada hari perbarisan sebenar.

Bagaimanapun katanya, arwah tetap berkeras untuk meneruskannya kerana merasakan itu tanggungjawabnya sebagai seorang ketua.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276710/'Arwah-beritahu-nak-berehat,-tak-sangka-arwah-betul-betul-'rehat'---Isteri-anggota-Rela

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini" />
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Arwah ada beritahu yang dia nak pergi berehat selepas selesai semuanya, tetapi nampaknya dia betul-betul 'rehat'.

Demikian kata Maniliza Abdul Hamid, 47, isteri kepada Ketua Jurulatih Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Negeri Sembilan, Allahyarham Muhammad Noh Muhammad Isa, 53, yang meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan, di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, di sini pada pagi Khamis.

Maniliza (kiri) menunjukkan gambar Allahyarham sambil diperhatikan tiga anaknya.
Maniliza (kiri) menunjukkan gambar Allahyarham sambil diperhatikan tiga anaknya.

Menurut ibu kepada tiga anak berkenaan, beberapa hari sebelum perbarisan terbabit Allahyarham mengadu kepenatan dan mengatakan beliau mungkin pengsan pada hari perbarisan sebenar.

Bagaimanapun katanya, Allahyarham tetap berkeras untuk meneruskannya kerana merasakan itu tanggungjawabnya sebagai seorang ketua.

"Sehari sebelum itu dia baring di ruang tamu dan beritahu 'abang pewai (pengsan) esok ini. Saya beritahu kalau tak larat, cari orang lain ganti. Tapi dia kata, dia ketua.

"Saya pun tidaklah fikir apa-apa. Tapi pagi sebelum ke perbarisan itu pun saya dah nampak muka dia pucat ketika bersarapan pagi. Tapi bila saya tanya dia beritahu baik-baik saja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jiboi Ampangan di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebah ketika lintas hormat, anggota Rela meninggal dunia

Tambahnya, Allahyarham sememangnya ada masalah kesihatan tetapi tidak pernah mendapatkan rawatan lanjut di hospital melainkan hanya makan ubat tahan sakit.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu anak keduanya, Ahmad Harraz, 20, yang turut serta dalam perbarisan terbabit berkata, sebelum kejadian itu ayah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik dan tetap bersemangat seperti biasa.

"31 Ogos ini memang tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ayah untuk beraksi kerana dia nak memastikan kontinjen Rela ini disegani orang ramai.

"Sebab itu dia sangat komited dan buat sungguh-sungguh sepanjang latihan tetapi sebelum kejadian itu seperti ada yang tak kena kerana biasanya ayah akan awal, tetapi tidak pada hari itu," katanya.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, ketika kejadian, dia sempat memaut ayahnya yang rebah tetapi terlepas dan meneruskan perbarisan seperti biasa kerana ada anggota lain menyambutnya.

"Lagi pun perkara biasa peserta perbarisan rebah atau pitam. Selepas selesai perbarisan saya rasa tak sedap hati dan terus ke hospital.

"Namun sebaik sampai, saya diberitahu ayah sudah meninggal dunia. Sebagai anak lelaki tunggal ayah selalu pesan untuk jaga keluarga jika berlaku apa-apa padanya dan selalu berpesan jangan tinggal solat dan solat di awal waktu," katanya.

Terdahulu keluarga terbabit menerima kunjungan daripada Rela Negeri Sembilan dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir.

Muhammad Faiz bertanya khabar Manilizs (kanan) sekeluarga.
Muhammad Faiz bertanya khabar Manilizs (kanan) sekeluarga.

Sementara, Pengarah Rela Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Rela Muhammad Faiz Musa berkata, Allahyarham boleh dianggap sebagai 'permata' dalam Rela Negeri Sembilan malah watak penting dalam pasukan berkenaan.

"Dia adalah ketua jurulatih kawad kaki pasukan Rela Negeri Sembilan dan sudah banyak kali menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan. Saya juga anggapnya sebagai 'otai' kerana pengaruhnya di sini.

"Jika ada apa-apa acara yang memerlukan khidmat ramai anggota Rela, dia dapat mengumpul anggota dalam masa singkat. Bagi saya, pemergiannya umpama kehilangan satu permata dalam Rela," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!