Belia India termasuk M40 berpeluang sertai Program Kompetensi KKP

Sivakumar
Sivakumar
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 960 belia India yang berusia 18 tahun ke atas termasuk merangkumi golongan M40 disasarkan untuk menyertai Program Kompetensi dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bagi meningkatkan kemahiran yang memenuhi kehendak majikan dalam pelbagai industri.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, program anjuran bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang mengambil tempoh masa kursus antara sembilan hingga 30 hari itu, menawarkan empat pakej iaitu Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Latihan untuk Jurulatih, Koordinator KKP dan Pengendalian Selamat Trak Angsun.

"Setiap pakej tersebut merangkumi kursus-kursus lain yang mampu memberikan nilai tambah kepada setiap peserta agar mereka lebih bersedia untuk melaksanakan pelbagai tugasan dengan efektif.

"Sebagai contoh, bagi program Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan Koordinator KKP, peserta akan turut menyertai kursus berkaitan ruang terkurung manakala Latihan untuk Jurulatih pula didedahkan kepada pertolongan cemas dan kesedaran kesihatan mental.

"Bagi peserta Koordinator KKP dan Pengendalian Selamat Trak Angsun, mereka juga akan menyertai kursus untuk bekerja dengan selamat di tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Sivakumar, kesemua peserta akan mendapat Pasport Keselamatan selepas menerima kursus Sistem Pasport Keselamatan Kontraktor (Semua Risiko).

Selain itu, menurutnya, penginapan, makan dan minum termasuk elaun akan diberikan kepada peserta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!