Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin

Thaksin Shinawatra. - Agensi
Thaksin Shinawatra. - Agensi
A
A
A

BANGKOk - Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengurangkan hukuman penjara terhadap bekas perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dari lapan tahun kepada setahun.

Tindakan itu dibuat selepas Thaksin, 74, yang beberapa hari pulang ke tanah air selepas 15 tahun hidup dalam buangan telah memohon pengampunan diraja pada 30 Ogos lalu atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa semasa memerintah.

Menurut warta diraja, Thaksin disifatkan telah melakukan kebaikan buat negara dan rakyat serta setia kepada raja.

“Beliau menghormati proses, mengakui kesalahannya, menginsafi, menerima keputusan mahkamah.

"Kini, beliau sudah tua dan mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan oleh ahli perubatan profesional," menurut warta itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!