Nunes teruja berguru dengan Guardiola
PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akhirnya merekrut pemain tengah Portugal, Matheus Nunes dari Wolverhampton Wanderers dengan kontrak lima tahun dalam usaha meningkatkan kreativiti bahagian pasukan itu musim ini.
Tiada butiran kewangan didedahkan, namun media Britain melaporkan bahawa juara treble tersebut membayar Wolves kira-kira 53 juta pound untuk khidmat pemain berusia 25 tahun itu.
“Saya amat teruja apabila mendapat peluang untuk bekerja di bawah Pep Guardiola, antara pengurus terhebat dunia di samping beberapa pemain terhebat dunia yang saya tentu sekali sukar ditolak.
“Ya, banyak ilmu bola sepak saya pelajari sepanjang menyarung jersi Wolves, itu juga merupakan motivasi untuk saya kekal relevan dalam saingan Liga Perdana Inggeris,” kata Nunes.
Sebagai rekod, Nunes tidak menyertai sesi latihan bersama Wolves kata pengendali Gary O'Neil, selepas Wolves menolak tawaran awal City sebanyak 47 juta pound.
Untuk rekod, Wolves menyambar khidmat Nunes kelahiran Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos lalu dengan yuran perpindahan rekod kelab ketika itu sebanyak 45 juta euro daripada kelab gergasi Portugal, Sporting Clube de Lisbon Portugal dengan kontrak lima tahun.
Nunes yang mula mengenali dunia bola sepak bersama Grupo Desportivo Estoril Praia dan Grupo Desportivo Uniao Ericeirense telah bermain 11 kali untuk Portugal, setelah menolak panggilan dari negara asalnya Brazil.
Dia telah menjaringkan satu gol antarabangsa dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Turki dimasukkan ke skuad Piala Dunia Qatar 2022 tahun lalu.
Pemain tengah itu membuat 34 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk Wolves musim lalu, memulakan dua perlawanan liga pertama musim ini.
Nunes juga mencipta sensasi apabila dibuang padang ketika Wolves tumbang 1-4 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU ( 2 SEPTEMBER )
Luton Town lwn West Ham United, 3 pagi
Sheffield United lwn Everton, 7.30 malam
Manchester City lwn Fulham, 10 malam
Chelsea lwn Nottingham Forest, 10 malam
Burnley lwn Tottenham Hotspur, 10 malam
Brentford lwn Bournemouth, 10 malam
AHAD ( 3 SEPTEMBER )
Brighton lwn Newcastle United, 12.30 malam
Crystal Palace lwn Wolves, 9 malam
Liverpool lwn Aston Villa, 9 malam
Arsenal lwn Manchester United, 11.30 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!