Belanda jumpa Greece, Ireland tanpa Depay-Bergwijn

FOTO: AGENSI
FOTO: AGENSI
A
A
A

BELANDA perlu beraksi tanpa kelibat Memphis Depay dan Steven Bergwijn untuk kelayakan Euro bulan ini apabila The Oranje menentang Greece dan Republik Ireland.

Depay mengalami kecederaan semasa Atlético Madrid menang besar 7-0 ke atas Rayo Vallecano di Estadio de Vallecas minggu lalu, yang menyebabkan dia terkeluar daripada skuad Belanda sekali lagi, setelah turut terlepas perlawanan akhir Liga Negara-Negara pada Jun lalu.

Bergwijn juga cedera, selepas terlepas aksi bersama Ajax Amsterdam menentang Ludogorets Razgrad dalam Liga Europa pada Khamis.

Pemain pertahanan Newcastle United, Sven Botman, yang cedera buku lali ketika menentang Liverpool pada Ahad, turut diketepikan pengendali Ronald Koeman yang mengumumkan skuadnya.

Quilindschy Hartman (Feyenoord), Ian Maatsen (Chelsea) dan Micky van de Ven (Tottenham Hotspur) adalah sebahagian daripada skuad manakala penyerang Ajax Steven Berghuis juga telah dipilih selepas tidak disenaraikan dalam pra-pemilihan yang Koeman namakan dua minggu lalu.

Belanda menentang Greece di Eindhoven pada Khamis sebelum menentang Ireland di Dublin tiga hari selepas itu.

Skuad Belanda

Penjaga gol: Mark Flekken (Brentford), Andries Noppert (Heerenveen), Bart Verbruggen (Brighton & Hove Albion)

Artikel Berkaitan:

Pertahanan: Nathan Ake (Manchester City), Daley Blind (Girona), Matthijs de Ligt (Bayern Munich), Stefan de Vrij, Denzel Dumfries (kedua-duanya Inter Milan), Lutsharel Geertruida, Quilindschy Hartman (kedua-duanya Feyenoord), Ian Maatsen (Chelsea), Micky van de Ven (Tottenham Hotspur), Virgil van Dijk (Liverpool)

Pemain tengah: Frenkie de Jong (Barcelona), Marten de Roon, Teun Koopmeiners (kedua-duanya Atalanta), Tijjani Reijnders (AC Milan), Joey Veerman (PSV Eindhoven), Mats Wieffer (Feyenoord)

Penyerang: Steven Berghuis (Ajax Amsterdam), Cody Gakpo (Liverpool), Noa Lang (PSV Eindhoven), Donyell Malen (Borussia Dortmund), Xavi Simons (RB Leipzig), Wout Weghorst (TSG Hoffenheim).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!