Misteri kereta ada kesan tembakan
Kejadian jam 2.41 petang itu disedari seorang lelaki berusia 59 tahun yang terkejut melihat pemilik kereta itu meninggalkan kenderaannya secara tiba-tiba.
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, selepas menerima maklumat, polis ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan kesan tembakan pada badan kereta tersebut," katanya.
Menurutnya, mengikut maklumat saksi,kereta jenis Honda Civic berwarna Silver itu telah di pakir di dalam sebuah garaj dan seorang lelaki dipercayai pemilik kereta tersebut yang tidak dikenali terus melarikan diri di kawasan Kampung Banggol Stol.
"Siasatan buat masa ini mendapati, tiada kejadian tembak menembak berlaku di lokasi kejadian atau tempat-tempat sekitar daerah ini," katanya.
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa satu kejadian tembak-menembak berlaku di kawasan berkenaan sedangkan ia tidak seperti digambarkan.
Abdullah berkata, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut dab gerakkan mengesan pemilik kenderaan turut giat dijalankan ketika ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!