9 rakyat Palestin cedera di Tebing Barat
RAMALLAH - Sembilan orang cedera pada Jumaat susulan campur tangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang mengadakan protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, menurut kenyataan Jawatankuasa Penentangan Popular Kfar Qaddum.
Rakyat Palestin bertindak balas di Tebing Barat terhadap ancaman pembinaan penempatan Yahudi di Beit Dajan dan Kfar Qaddum, dan Beyt Dajan di timur Nablus, lapor Anadolu.
Tujuh rakyat Palestin cedera akibat terkena peluru logam bersalut getah manakala berpuluh-puluh rakyat Palestin terjejas akibat gas pemedih mata, menurut kumpulan itu.
Rakyat Palestin mengadakan bantahan setiap Jumaat terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi.
Tentera Israel campur tangan dengan menyerang menggunakan peluru hidup dan bersalut getah, gas pemedih mata dan kadangkala air berbau busuk bercampur bahan kimia.
Di Semenanjung Gaza, satu demonstrasi telah dianjurkan bagi menyokong tahanan Palestin di penjara Israel dan Masjid Al-Aqsa.
Mengikut undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!