Pameran MATTA ke-53 lonjak industri pelancongan

Dari kiri: Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, Datuk Roslan Abdul Rahman, Presiden MATTA, Nigel Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Negeri Selangor, Azrul Shah Mohamad.
Dari kiri: Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, Datuk Roslan Abdul Rahman, Presiden MATTA, Nigel Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Negeri Selangor, Azrul Shah Mohamad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia ke-53 (MATTA) mampu melonjakkan industri pelancongan susulan kejayaan acara tersebut yang menarik lebih 180,000 pelawat pada Mac tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pameran tersebut membuktikan MATTA menjadi hab kepada pemain industri dalam dan luar negara untuk mempromosikan industri serta jenama mereka di peringkat antarabangsa.

“Pameran MATTA ke-52 Mac lalu menarik lebih ramai pemain industri dan pelancong dengan jumlah jualan lebih RM300 juta termasuk domestik yang mencatatkan keuntungan RM34 juta.

“Saya memuji Presiden MATTA, Nigel Wong kerana kegigihan pasukannya menjayakan pameran ini dan membuktikan ia berjaya membantu pemain industri untuk terus berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman dalam Majlis Pelancaran Pameran MATTA ke-53 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mengulas lanjut, menurut King Sing, walaupun pameran itu lebih tertumpu kepada pasaran luar, namun MATTA turut mengikuti perkembangan baharu trend pelancongan dan bekerjasama dengan MOTAC serta Tourism Malaysia.

Ujarnya, langkah tersebut mampu meningkatkan bilangan pelancong sekali gus membantu pemain industri mengembangkan jenama mereka.

Jelasnya, platform MATTA memberi peluang kepada sektor pelancongan untuk lebih berinovasi mencipta produk atau perkhidmatan yang mencerminkan budaya serta warisan negara.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya ini langkah yang bukan sahaja akan membantu negara meningkatkan bilangan pelancong asing, tetapi juga membantu pemain industri untuk mengembangkan pasaran mereka.

“Marilah kita bersama-sama cuba menarik masyarakat untuk datang ke program ini supaya mereka boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!