Dusun Tua berpotensi sebagai hub pelancongan

Johan bertemu rakyat berhubung isu aduan kesesakan jalan di persimpangan Batu 14.
Johan bertemu rakyat berhubung isu aduan kesesakan jalan di persimpangan Batu 14.
A
A
A

HULU LANGAT - Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua berpotensi sebagai hub pelancongan Selangor kerana mempunyai banyak tarikan sumber alam semula jadi seperti sungai dan gunung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, beliau telah bertemu dengan Menteri Pelancongan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing untuk menyampaikan hasrat ke arah itu khususnya penumpuan bagi kawasan Dusun Tua utara.

Johan pada temu bual bersama Bernama Radio pada Jumaat.
Johan pada temu bual bersama Bernama Radio pada Jumaat.

"Saya optimis Dusun Tua menjadi hub pelancongan kerana bagi kawasan Lembah Klang, gunung Nuang adalah yang paling hampir terletak di hujung DUN Dusun Tua.

"Sungai dan air terjun pun banyak antaranya Sungai Gabai, Sungai Manggis dan Sungai Congkak selain terdapat tiga kolam air panas. Ia perlu dinaik taraf supaya orang tahu lokasi pelancongan tersebut," katanya menerusi temu bual Bernama Radio pada Jumaat.

Beliau berkata, aspek penyelenggaraan infra khususnya jalan perlu disegerakan seiring hasrat hub pelancongan memandangkan menerima aduan kesesakan lalu lintas terutama di persimpangan Batu 14 sejauh 5 kilometer yang menjadi laluan ke Bukit Ampang berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Katanya, dua pertemuan penting bersama Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bakal diadakan dijadual pada 5 September dan 8 September ini bagi membincangkan isu tersebut.

"Saya sudah ada tarikh untuk duduk bersama YDP dan Ahli Majlis MPKJ berkenaan isu sampah, taman perumahan, tapak parkir dan banyak isu lain pada 5 September ini.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga isu kesesakan lalu lintas di persimpangan Batu 14. 8 September ini, saya dengan JKR dan polis juga ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan akan mendengar isu mengatasi kesesakan jalan," katanya.

Beliau berkata, akan cuba sedaya upaya membantu aspek infrastruktur, kesihatan dan pendidikan untuk kemajuan DUN Dusun Tua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!