Kebakaran hutan di Texas paksa orang ramai berpindah

Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Huntsville, timur Texas, mencetuskan pemindahan dan penutupan lebuh raya pada malam Jumaat. Foto hiasan 123RF
Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Huntsville, timur Texas, mencetuskan pemindahan dan penutupan lebuh raya pada malam Jumaat. Foto hiasan 123RF
A
A
A

HOUSTON - Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Huntsville, timur Texas, mencetuskan pemindahan dan penutupan lebuh raya pada malam Jumaat, menurut pihak berkuasa kecemasan, lapor Xinhua.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Texas A&M Forest Service mengumumkan di media sosial ia bertindak balas kepada panggilan kecemasan di Walker County mengenai "Game Preserve Fire", dianggarkan 100 ekar (0.4 km persegi), pada 4:21 petang waktu tempatan (2121 GMT).

Sekitar 9:30 malam (0230 GMT Sabtu), perkhidmatan itu mengemas kini bahawa kebakaran telah merebak kepada anggaran 1,200 ekar (4.85 km persegi) dan kira-kira 10 peratus dapat dikawal.

Pejabat Pengurusan Kecemasan Daerah Walker meminta penduduk dalam jarak tiga batu (4.83 km) dari Lost Indian Camp Road untuk berpindah dan mengumumkan laluan sepanjang 6.5 batu (10.5 km) lebuh raya FM247 telah ditutup kedua-dua lorong dari Jalan Pinedale ke FM2989.

Media tempatan memberi amaran risiko kebakaran hutan dijangka kekal tinggi menjelang hujung minggu Hari Buruh AS. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!