Warga emas maut dihempap lantai konkrit

Mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. (Gambar kecil: Mangsa)
Mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. (Gambar kecil: Mangsa)
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki warga emas maut setelah dihempap lantai konkrit yang runtuh dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Bukit Kapar di sini pada Sabtu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hariyanto Ishak berumur 73 tahun dan memegang taraf penduduk tetap.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.27 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang berasal dari Indonesia didapati di bawah timbunan lantai konkrit yang telah runtuh," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mangsa dipercayai maut setelah dihempap lantai simen konkrit dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Bukit Kapar di sini pada Sabtu.
Mangsa dipercayai maut setelah dihempap lantai simen konkrit dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Bukit Kapar di sini pada Sabtu.

Katanya, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan usaha mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, mangsa mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!