Gabungan NGO Melayu bantu kempen PN di Pulai, Simpang Jeram

Muhyiddin ( tengah) pada sesi dialog bersama NGO di Kempas pada Sabtu.
Muhyiddin ( tengah) pada sesi dialog bersama NGO di Kempas pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hampir 200 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu negeri ini menyatakan pendirian untuk membantu kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pendirian itu dinyatakan pada sesi dialog bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kempas, pada Sabtu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghargai sokongan dan bantuan gabungan NGO Melayu yang menyatakan sokongan terbuka bagi membantu calon PN pada PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram.

"Hari ini pertemuan bersama NGO Melayu, undi pengundi termasuk Melayu cukup penting untuk calon PN menang.

Muhyiddin
Muhyiddin



"Syarat untuk calon PN menang pada PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram adalah supaya golongan pengundi Melayu keluar beramai-ramai untuk dapat kemenangan yang besar.

"Hanya duduk di rumah tapi tidak mengundi dan hanya harapkan kemenangan hasil pengundi lain, akan menyebabkan PN tidak mencapai kemenangan," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dalam ucapannya berkata, mengakui selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, baru-baru ini semakin dirasai.

Artikel Berkaitan:

"Gelombang PN itu sengaja dinamakan sebagai gelombang hijau bagi menakutkan-nakutkan orang bukan Melayu terhadap kemaraan PN.

"Gelombang hijau ini adalah muslihat golongan tertentu bagi menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu menyokong PN," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!