Kolo Muani nilai tambah penyudah PSG
JUARA Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) telah menandatangani penyerang Perancis Randal Kolo Muani dari Eintracht Frankfurt dengan kontrak lima tahun.
Bayaran perpindahan untuk pemain berusia 24 tahun itu tidak didedahkan tetapi media Perancis berkata ia adalah 90 juta euro.
“Ya, saya amat seronok apabila dapat kembali semula ke tempat asal. Ya, saya amat tertarik dengan projek jangka panjang kelab ini.
“Sejujurnya saya amat tidak sabar untuk menyarung warna jersi pasukan ini, seterusnya bermain dalam warna kelab ini,” kata Kolo Muani.
Sebagai rekod, Kolo Muani bermain 50 perlawanan dan menjaringkan 26 gol untuk jagoan Bundesliga itu selepas perpindahan dari Nantes pada Julai tahun lalu.
Malah, Kolo Muani mempunyai sembilan caps dan telah menjaringkan satu gol di bawah pengendali Perancis, Didier Deschamps.
Paling menarik, Deschamps telah memasukkan Kolo Muani dalam skuadnya untuk kelayakan Euro 2024 menentang Ireland dan persahabatan dengan Jerman bulan ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!