React Swiss Eyewear kaca mata berteknologi tinggi, tahan lasak

Pengurus Cyclelogy Bangsar ketika majlis pelancaran kaca mata itu baru-baru ini turut mengumumkan bekas atlet sukan golf, Alwi Kamaruddin sebagai duta kolaborasi itu. - Gambar Cyclelogy
Pengurus Cyclelogy Bangsar ketika majlis pelancaran kaca mata itu baru-baru ini turut mengumumkan bekas atlet sukan golf, Alwi Kamaruddin sebagai duta kolaborasi itu. - Gambar Cyclelogy
A
A
A

SYARIKAT peneraju perkhidmatan sukan berbasikal, Cyclelogy baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat kaca mata antarabangsa, React Swiss Eyewear dalam menampilkan inovasi kaca mata berteknologi tinggi.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, Cyclelogy dan React memaklumkan, inovasi itu adalah yang pertama di pasaran negara ini.

Dengan rekaan yang elegan, kaca mata itu dipadukan dengan beberapa fungsi yang menggabungkan teknologi terkini, sekali gus mampu menambat hati peminat aktiviti sukan lasak.

"Dengan beberapa teknologi yang dipadankan, kaca mata itu dapat menukar sinaran infrared kepada tenaga elektrik dalam memastikan keselesaan pengguna terutama peminat sukan berbasikal yang terdedah kepada pelbagai jenis cahaya luar.

"Kaca mata itu turut dilengkapi teknologi yang digelar Shadetronic LCD yang mana mampu mengubah pencahayaan kaca mata dalam masa 0.1 saat daripada sisi gelap kepada terang.

"Sekalipun dilengkapi dengan pelbagai teknologi, kaca mata itu tidak menggunakan bateri, sekali gus mengurangkan kesannya kepada alam sekitar," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Cyclelogy dan React turut memberitahu, kaca mata itu boleh didapati dalam pelbagai warna trendy dan terkini.

"Kaca mata itu dicipta untuk tahan lasak. Jadi ia memberi nilai tambah kepada pengguna terutama buat mereka yang menggemari sukan ekstrem.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu majlis di Bangsar, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, bekas pemain golf, Alwi Kamaruddin turut diumumkan sebagai duta React Swiss Eyewear di Malaysia.

INFO:

Kaca mata ini boleh didapati dalam pelbagai warna trendy dan terkini.
Kaca mata ini boleh didapati dalam pelbagai warna trendy dan terkini.

Ciri-ciri teknologi yang ditampilkan React Swiss Eyewear adalah:

Penukaran Tenaga Inframerah: React Swiss Eyewear memanfaatkan kuasa inovasi dengan menukar sinar inframerah kepada tenaga elektrik untuk kefungsian tanpa bateri.

Teknologi LCD Shadetronic: Kanta LCD shadetronic berfungsi menukar kecerahannya dalam masa 0.1 saat sahaja lancar.

Reka Bentuk Tanpa Bateri: React Swiss Eyewear meningkatkan kemudahan dan mengurangkan kesan alam sekitar.

Kalis Air: Dibina untuk mengharungi cabaran berbasikal dalam pelbagai keadaan, memastikan prestasi tanpa kompromi dalam hujan, peluh atau rupa bumi yang mencabar.

Ketahanan Tiada Tandingan: Ciri-ciri kalis calar dan pecah menjamin bahawa React Swiss Eyewear mengekalkan penampilan dan fungsinya dalam keadaan mencabar.

Kecemerlangan Buatan Tangan: Setiap pasang React Swiss Eyewear dibuat dengan teliti di Wattwill, Switzerland, sebuah wilayah yang terkenal dengan tradisi ketepatan dalam ketukangan.

Perlindungan UV400: React Swiss Eyewear menyediakan perlindungan UV400 yang komprehensif bagi melindungi mata penunggang basikal daripada sinaran ultraungu yang berbahaya

Kanta Terpolarisasi dengan Paparan Digital: Kanta terpolarisasi bukan sahaja menawarkan kejelasan optimum tetapi juga membenarkan penunggang basikal membaca paparan digital tanpa herotan visual.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!