Nahas di Segamat: Remaja 15 tahun masih dirawat di ICU

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit berhampiran Taman Yayasan, Jalan Segamat-Kuantan, petang Jumaat.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit berhampiran Taman Yayasan, Jalan Segamat-Kuantan, petang Jumaat.
A
A
A

SEGAMAT - Remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Jumaat, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon turut menafikan laporan sebuah akhbar yang mangsa, Abdullah Amir Ruddin, 15, telah meninggal dunia, petang Sabtu.

Beliau berkata, mangsa berkenaan masih berada dalam rawatan, namun dia kini ditidurkan.

"Anak remaja ini masih lagi di ICU Hospital Segamat. Mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan ditidurkan.

"Dalam masa yang sama, saya pohon supaya tidak menyebarkan apa-apa maklumat yang belum dikenal pasti atau gambar mengenai kes atau mangsa tersebut kerana ia akan menyedihkan keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Terdahulu, kemalangan berkenaan telah mengorbankan bapa dan ibu mangsa iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Arwah minta bergambar ramai-ramai, buat kenangan jika pergi dahulu'

Artikel Berkaitan:

Enam beranak maut: Perkahwinan adik bongsu jadi pertemuan terakhir

Enam beranak maut: Ahli keluarga adakan tahlil di bilik mayat hospital

Nahas 5 kenderaan: 6 sekeluarga disahkan maut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!