Tawaran hebat, aktiviti kanak-kanak semarak merdeka di Alamanda
PUTRAJAYA - Sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda membawakan Kempen Merdeka yang berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kempen yang menawarkan ganjaran luar biasa dan menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak itu dianjurkan untuk menyemarakkan Hari Kebangsaan 2023.
Menurutnya, pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima baju-T Merdeka ke-66 dan tawaran itu terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan setiap hari.
"Pelanggan yang berbelanja lebih RM1,500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima tambahan Baucar Beli-Belah Alamanda bernilai RM50 selain baju-T Merdeka ke-66 edisi terhad.
"Ganjaran ini khusus untuk 350 pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, sambutan Merdeka kali ini dimeriahkan dengan Merdeka Funtime VIKids buat pengunjung kanak-kanak yang berlangsung dari 25 Ogos sehingga 3 September ini.
Katanya, ruang legar utama Pusat Beli-Belah Alamanda dihiasi dekorasi bertemakan permainan tradisional.
"Ada pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Ahli VIKids akan menerima pek percuma Merdeka Funtime yang mengandungi set seni dan kraf, permainan ular dan Rainbow Magic.
"Ahli VIKids juga berpeluang untuk menyertai aktiviti permainan tradisional seperti ular dan tangga, congkak, dam, colek lidi dan ting-ting. Sebahagian daripada permainan ini menawarkan hadiah eksklusif seperti set seni dan kraftangan, patung lembut, botol air, kotak makan tengah hari, yoyo, batu seremban dan permainan papan untuk para pemenang," katanya.
“Sebagai salah sebuah pusat beli-belah yang mesra keluarga di Putrajaya, kami amat berdedikasi untuk terus memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia," katanya.
Dalam pada itu katanya, sempena sambutan Hari Merdeka juga, kempen Bloom in Style yang diadakan bermula 21 Julai sehingga 13 Ogos lalu merupakan sambutan kemuncak yang diadakan,
Katanya, pelanggan membawa pulang Baucar Beli-Belah Alamanda bernilai sehingga RM3,000 menerusi kempen itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!