Tragedi konvoi motosikal, penunggang maut di tempat kejadian

Mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

SUNGAI BUAYA - Konvoi sekumpulan penunggang motosikal bertukar tragedi apabila dua daripada mereka bergesel dan menyebabkan seorang maut di Kilometer 432.7 Lebuh raya Utara Selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu mangsa, Muhamad Fadzli Zulkuply, 25, yang beralamat di Padang Jawa, Shah Alam meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Ahmad Izzuddin Musa, 22, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dua penunggang itu berkonvoi bersama beberapa rakan lain dari Ulu Bernam menghala ke Padang Jawa.

"Ketika di lokasi kejadian penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Yamaha150 bergesel antara satu sama lain sebelum terjatuh di lorong kiri.

"Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!