KPKM disaran sedia benih, baja berkualiti untuk industri padi

Pengembangan teknologi pertanian melalui penyediaan benih yang berkualiti antara penyelesaian terbaik untuk meningkatkan industri padi negara. (Gambar kecil: Mohamad Yusrizal)
Pengembangan teknologi pertanian melalui penyediaan benih yang berkualiti antara penyelesaian terbaik untuk meningkatkan industri padi negara. (Gambar kecil: Mohamad Yusrizal)
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake), berpendapat pengembangan teknologi pertanian melalui penyediaan benih yang berkualiti antara penyelesaian terbaik untuk meningkatkan industri padi negara.

Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berperanan untuk merealisasikan Dasar Agromakanan 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan 2.0.

"Di samping itu juga, kualiti baja dan racun juga perlu dibangunkan dengan mengurangkan kebergantungan import dalam penyediaan bahan ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, Cake bagaimanapun tetap menyambut baik saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk mengurangkan pembangunan di kawasan pertanian terutamanya di Pulau Pinang yang banyak tanah sawah dijual untuk tujuan pembangunan.

"Cuma kita tahu tidak semua tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian beras.

"Tanah yang sesuai untuk tanaman padi kadang-kadang terdapat cabaran tertentu seperti tanah jerlus (tanah runtuh), ancaman serangga, ditumbuhi lalang dan sebagainya," katanya.

CAP dalam satu kenyataan sebelum ini menggesa kerajaan menyokong dan memberi insentif kepada petani di seluruh negara untuk menanam lebih banyak padi berbanding tanaman lain.

Pegawai Pendidikan dan Pegawai Semula Jadi Pertanian Asli, CAP, NV Subbarow berkata, tanah yang tidak digunakan ketika ini harus dimanfaatkan untuk penanaman padi dan bukannya membina perumahan baharu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!