Tindakan pantas selamatkan dua sahabat daripada rentung

Abu Bakar Yahya (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Mohd Azman semalam.
Abu Bakar Yahya (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Mohd Azman semalam.
A
A
A

KLANG - Tindakan pantas seorang pekerja kilang meluru keluar dari rumah sejurus tersedar daripada tidur, menyelamatkannya daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Sungai Sireh Tambahan, di sini semalam.

Menceritakan kembali kejadian, Mohd Azman Shah Hassan, 20, berkata, insiden cemas itu berlaku apabila rumah yang disewa bersama tujuh lagi rakannya tiba-tiba terbakar kira-kira jam 8 pagi.

Mohd Azman
Mohd Azman

Ketika kejadian, hanya dia dan seorang lagi rakannya berada dalam rumah tersebut.

"Saya tak tahu apa punca kebakaran... mungkin bermula dari bilik depan rumah kerana api marak di bahagian itu. Ketika kejadian, saya tidur di bilik belakang.

"Saya terbangun daripada tidur apabila rasa panas sebelum nampak asap banyak dalam rumah. Api masa tu marak di bahagian depan rumah dan saya terus meluru keluar ke pintu utama untuk selamatkan diri," katanya.

Mohd Azman bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Seorang lagi mangsa, Budianshah Burhanuddin, 37, memberitahu dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya, Dewi Hamidah Rahmat yang berada di dalam rumah bersama seorang anak lelakinya berusia 3 tahun.

Artikel Berkaitan:

Budianshah
Budianshah

Dia yang bekerja sebagai buruh binaan bersyukur kerana anak dan isterinya juga terselamat dalam kejadian itu.

Namun katanya, semua barangan termasuk keperluan untuk hari raya musnah dalam kejadian itu.

“Memang ada rasa sedih... tetapi saya bersyukur isteri dan anak selamat," katanya.

Terdahulu, kedua-dua mangsa menerima sumbangan wang tunai daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya yang melawat lokasi kejadian.

Abu Bakar ketika meninjau kesan kebakaran dua buah rumah di Kampung Sungai Sireh Tambahan semalam
Abu Bakar ketika meninjau kesan kebakaran dua buah rumah di Kampung Sungai Sireh Tambahan semalam

Turut serta Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Sosial Briged Aman Malaysia (Briged Aman Malaysia), Azhari Yusof.

Selain menyampaikan salam takziah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada mangsa yang terlibat, Abu Bakar meminta kesemua mangsa bersabar dan menerima musibah yang berlaku sebagai ujian daripada ALLAH SWT.

"Setiap musibah yang berlaku, bukan perkara boleh dijangka... sebagai masyarakat yang prihatin, menjadi tanggungjawab kita untuk tampil membantu mereka" katanya.

Dalam pada itu, pihak swasta serta korporat yang ingin menyumbang bagi aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di bawah Briged Aman Malaysia boleh menghubungi Azhari ditalian 0192277395 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun RHB Islamic Bank Berhad bernombor 26225000029628.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!