Misi Chonburi: Pengalaman Luqman Hakim sandaran Harimau Muda B-23
PENGALAMAN dua pemain berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine, menjadi antara sandaran menjulang semula imej skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang menyingkap tirai di Chonburi, Thailand pada Rabu hingga 12 September ini.
Luqman Hakim dan Nooa yang memiliki pengalaman beraksi bersama skuad senior negara, antara 23 pemain angkatan Harimau Muda bimbingan E Elavarasan, yang diamanahkan menggalas cabaran bagi misi di Chonburi tersebut.
Misi Chonburi juga mempertaruhkan para pemain yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Bangkok, Thailand baru-baru ini, antaranya penjaring terbanyak kejohanan Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar, M Rakesh dan Mohamad Saiful Jamaluddin.
Tonggak skuad Sukan SEA Kemboja 2023 yang tidak beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF, antaranya Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Azam Azmi Murad, T Saravanan dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang kebanyakannya merupakan pemain utama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super turut menjadi sandaran kempen kali ini.
Sebagai rekod kempen kelayakan, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan memulakan saingan di Stadium Chonburi menentang Bangladesh pada 6 September jam 5.30 petang, diikuti Filipina (9 September, jam 5.30 petang) sebelum berdepan pasukan tuan rumah Thailand pada aksi terakhir pada 12 September jam 9.30 malam.
Juara kumpulan bersama empat naib juara kumpulan terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Skuad Harimau Malaya B-23 akan berlepas ke Chonburi, Thailand dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Isnin.
SENARAI 25 PEMAIN HARIMAU MUDA B-23 MISI CHONBURI
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC)
Ahmad Zikri Mohd Khalili (Selangor FC)
V Ruventhiran (Selangor FC)
Muhammad Syahir Bashah (Selangor FC)
Muhammad Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC)
Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal (JDT II)
Fergus Tierney (JDT II)
Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan (JDT II)
Muhammad Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)
Muhammad Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
Safwan Mazlan (Terengganu FC)
Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin (Kuala Lumpur City FC)
T Saravanan (Kuala Lumpur City FC)
Muhammad Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
Mohd Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC)
M.Rakesh (Kelantan FC)
Mohamad Saiful Jamaluddin (Sri Pahang FC)
Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
Luqman Hakim Shamsudin (Njardvik FC)
Nooa Hamzah Laine (SJK Seinajoki FC)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!