Tiba masanya Harimau Muda bangkit

Mukhairi Ajmal (kanan) yakin pasukan B-23 mampu cipta kebangkitan di Chonburi.
Mukhairi Ajmal (kanan) yakin pasukan B-23 mampu cipta kebangkitan di Chonburi.
A
A
A

SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) mahu melakar kejutan pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand biarpun sedar cabaran besar bakal menanti mereka.

Pemain tengah Harimau Muda, Mukhairi Ajmal Mahadi berkata, semua pemain negara perlu menunjukkan persembahan terbaik dan bangkit selepas prestasi hambar di Sukan SEA serta gagal mencapai sasaran di Piala AFF B-23 baru-baru ini.

Malah, dia juga yakin kehadiran dua pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine akan memberikan suntikan lebih segar buat Harimau Muda.

"Kami dalam keadaan tertekan kurang bermotivasi dengan (rentetan) kekalahan sebelum ini. Namun, kami ada matlamat dan kami mahu membuat kejutan.

"Jadi, kami cuba memotivasikan diri untuk bangkit. Saya tahu penyokong mahu lihat kami melangkah jauh dan kami akan berikan yang terbaik.

"Saya juga berharap dengan kehadiran Luqman dan Noaa dapat menambahkan kualiti pasukan sebab mereka bermain di luar negara," katanya pada Sabtu.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan H dan akan berdepan Bangladesh pada Rabu, 6 September, Filipina (9 September) dan tuan rumah, Thailand (12 September) dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.

11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Doha tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!