Amal politik matang, jangan sentuh isu sensitif 3R

Isu 3R kerap dimainkan terutamanya ketika kempen parti politik dalam pilihan raya. - Gambar hiasan
Isu 3R kerap dimainkan terutamanya ketika kempen parti politik dalam pilihan raya. - Gambar hiasan
A
A
A

KURANG seminggu sahaja lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan berlangsung dan kini parti-parti yang menyertainya sedang rancak berkempen di kawasan terlibat.

Perjalanan pilihan raya itu sama seperti pilihan raya negeri (PRN) yang berlaku di enam negeri bulan lalu, namun kali ini hanya tertumpu kepada dua kerusi di negeri Selatan tanah air itu.

Ketika rakyat mengharapkan pemimpin parti sama ada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) dan lain-lain dapat berkempen secara sihat dan tidak mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama, sebaliknya pula sedang berlaku.

Sejak PRN lalu, banyak pihak telah memberi peringatan agar pemimpin serta ahli politik tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama, raja dan kaum (3R) yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Justeru, sebaiknya juga ahli politik perlu menjaga tatatertib dalam berkata-kata dan tidak sewenangnya mengeluarkan 'fatwa haram' kepada pihak tertentu yang berisiko untuk mencetuskan permusuhan.

Tidak perlu campur aduk perkara melibatkan akidah dan agama dalam politik, dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Kita perlukan politik matang yang menjadi manifestasi daripada pemikiran, tindakan dan aktiviti politik. Fokus kepada perancangan masa depan serta pembangunan agama, bangsa dan negara.

Elakkan dari menganggap diri seperti mufti atau ulama yang boleh mengeluarkan fatwa sembarangan semata-mata untuk kepentingan politik.

Artikel Berkaitan:

Berpolitiklah secara matang dan sihat, tahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan ketidakselesaan masyarakat terutama melibatkan hukum hakam, akidah dan kepercayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!