Liverpool tak pernah tak padu di Anfield

Salah antara penyumbang gol buat Liverpool ketika menjinakkan Aston Villa pada Sabtu. Foto: Agensi
Salah antara penyumbang gol buat Liverpool ketika menjinakkan Aston Villa pada Sabtu. Foto: Agensi
A
A
A

GOL pertama Dominik Szoboszlai bersama Liverpool diikuti jaringan sendiri Matty Cash sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol ketujuhnya dalam tujuh perlawanan menentang Aston Villa membolehkan The Reds menang 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp, yang telah memenangi 10 daripada 12 perlawanan terakhir menentang Villa, naik ke tangga ketiga carta dengan 10 mata daripada empat perlawanan manakala Villa kekal dengan enam mata.

“Kami melakukan agak OK, pantas untuk kedudukan 2-0 dan bangkit juga dengan baik dan menjaringkan gol pada separuh masa kedua,” kata Szoboszlai.

Dua hari selepas Liverpool dilaporkan menolak bidaan 150 juta pound untuk Salah daripada kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad, mesin gol The Reds itu menjaringkan gol 188 dalam karier Liverpoolnya apabila menyudahkan sentuhan Darwin Nunez pada minit ke-55.

"Anda tahu ia adalah berkenaan bola sepak apabila semua orang bercakap mengenainya.

"Kami sangat gembira dia kekal. Kami sudah tentu bercakap antara satu sama lain tetapi dia mahu kekal, dia mahu berada di sini dan bersama kami. Kami sangat gembira - kami memerlukan orang dalam pasukan seperti dia," kata Szoboszlai mengenai masa depan Salah.

Sementara itu, Klopp, yang mengendalikan perlawanan Liverpool ke-300 di Anfield, menepis khabar angin mengenai pemergian Salah sebelum sepak mula.

"Ini adalah cerita media dan ia tidak pernah menjadi kenyataan...

Artikel Berkaitan:

"Saya mempunyai meja besar di pejabat saya dengan banyak kertas di sana, saya mempunyai komputer riba, iPad, semua yang anda perlukan dan tiada seorang pun daripada mereka yang sibuk dengan berita seperti ini," kata bekas pengendali kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund Jerman itu.

Dalam pada itu, Szoboszlai yang meledak gol pembukaan tuan rumah minit ketiga berkata, "Ia adalah detik istimewa...Jika anda menjaringkan gol pertama anda untuk Liverpool di Anfield, ia sentiasa istimewa.

"Saya tidak sabar untuk mendapatkan lebih banyak lagi,” kata pemain Hungary itu, yang tiba dari Leipzig pada musim panas.

Liverpool menggandakan kelebihan apabila rembatan kencang Nunez menyaksikan gol sendiri dijelmakan pertahanan Villa Matty Cash.

“Kami teruja sebelum perlawanan tetapi separuh masa pertama adalah kunci....

“Kami mencipta peluang yang baik tetapi tidak klinikal dan pertahanan sedikit lemah, dan ia adalah klinikal,” kata pengendali Villa Unai Emery.

LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Liverpool 3-0 Aston Villa

Crystal Palace 3-2 Wolves

Arsenal 3-1 Manchester United

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!