Sudan Selatan haramkan kelab malam
JUBA - Ibu kota Sudan Selatan, Juba mengharamkan semua kelab malam dan mengehadkan waktu operasi bar selepas ia didakwa menjadi sarang aktiviti tidak bermoral, kata presiden semalam.
“Kerajaan negeri Jubek sudah mengharamkan semua kelab malam, bar dan persembahan muzik malam di bandar Juba,” menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabat Presiden Salva Kiir Mayardit.
Gabenor Jubek, Augustino Jadalla Wani dalam sebuah video dimuat naik ke Facebook berkata, walaupun kelab malam akan ditutup sepenuhnya, bar akan dibenarkan beroperasi pada waktu terhad dan dilarang beroperasi pada waktu siang.
“Disko akan diharamkan sepenuhnya kerana apa yang berlaku di sana sangat berbahaya kepada masa depan negara,” katanya menambah gadis semuda 13 tahun didapati sering mengunjungi kelab malam.
“Kami serius dan kami akan memastikan disko tidak beroperasi di negara ini," ujarnya.
Wani juga berkata hotel di ibu kota perlu mendapatkan sijil nikah pasangan yang mendaftar di hotel mereka. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!