Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
JOHOR BAHRU - Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi Isnin.
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata, bapa mentuanya, Salim Sedi, 78, meninggal pada pukul 7 pagi tadi, setelah dimasukkan ke wad HSA Rabu lepas.
Beliau berkata, solat jenazah dilakukan di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai.
"Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Semoga rohnya dilimpahi rahmat Ilahi..Al-Fatihah,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Isnin. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!