Pendengaran injuksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri 16 Oktober

Sulaiman Abdul Rahman (kiri), Raghad Kurdi (kanan).
Sulaiman Abdul Rahman (kiri), Raghad Kurdi (kanan).
A
A
A

KUCHING - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 16 Oktober untuk pendengaran permohonan injunksi yang difailkan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu bagi permohonan berkenaan yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan mereka sebelum 18 September.

Sulaiman yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili oleh Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan.

RHB Bank Berhad pula diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn.

Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Sulaiman adalah anak lelaki kedua Abdul Taib menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Toh Puan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.

Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Disember 2010. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Sebutan injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri 4 September

Anak Taib Mahmud saman ibu tiri

Pengurusan kes permohonan anak YDP Sarawak ditetap 15 Ogos

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!