Henti polemik kaum, belajar hadis untuk murid Islam - PM

Anwar Ibrahim. - Foto: Bernama
Anwar Ibrahim. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghentikan polemik perkauman kerana semua rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan.

Merujuk modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, Anwar berkata, ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya.

"Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam Pendidikan Islam. Tanyalah dulu, jangan marah dulu.

"Kalau hari ini saya datang ke Little India, pelampau-pelampau ini akan kata Anwar jaga India saja. Bila soal Melayu, termasuk teks anak-anak Islam baca hadis, kata Anwar ni jaga Islam saja. Semua tak kena,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur D’Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!