Keda sedia jalin kerjasama dengan AARDO

Delegasi Mesir yang juga wakil AARDO diberi kesempatan meninjau operasi Pasar Bisik iaitu lokasi pendaratan dan pusat jualan ikan di Kuala Muda, Kedah.
Delegasi Mesir yang juga wakil AARDO diberi kesempatan meninjau operasi Pasar Bisik iaitu lokasi pendaratan dan pusat jualan ikan di Kuala Muda, Kedah.
A
A
A

KUALA MUDA - [DIKEMAS KINI] Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) bersedia menjalinkan kerjasama dengan Organisasi Pembangunan Luar Bandar Afrika-Asia (AARDO) dalam konteks kemajuan teknologi pertanian, perikanan dan pembangunan luar bandar pada masa hadapan.

Pengerusi Keda, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya juga bersedia memberi sokongan dan saling bertukar pandangan dalam usaha mengeratkan hubungan yang terjalin antara kedua-dua agensi.

Jamil Khir (dua dari kanan) ketika mengiringi delegasi Mesir yang melakukan kunjungan ke kawasan Keda di Kuala Muda, Kedah pada Isnin.
Jamil Khir (dua dari kanan) ketika mengiringi delegasi Mesir yang melakukan kunjungan ke kawasan Keda di Kuala Muda, Kedah pada Isnin.

Menurutnya, sekiranya ada keperluan, satu kunjungan balas akan diadakan ke Republik Arab Mesir untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tersebut.

"Harapan yang tinggi daripada pihak Keda bahawa kunjungan delegasi ini dapat satu kepuasan di mana bukan setakat melawat tetapi turut mengambil beberapa manfaat yang boleh dipelajari daripada Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi kunjungan delegasi itu ke Desa Keda Bukit Tukang Jusoh di sini pada Isnin.

Sementara itu, Wakil Kehormat Wilayah AARDO, Dr Mohamed Hassan Rashwan berkata, sangat teruja dan berterima kasih kepada Keda yang berkongsi inisiatif Keda dalam membantu masyarakat luar bandar menjana ekonomi.

"Ia sesuatu pengalaman berharga buat saya untuk membawa inisiatif Keda ini ke negara-negara bawah AARDO seperti Mesir, Sudan, Libya, Tunisia dan Maghribi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Penyelidik Kanan di Jabatan Penyelidikan Teknologi Benih, Institut Penyelidikan Tanaman Ladang, Pusat Penyelidikan Pertanian, Kaherah, Mesir, Prof Dr Mohamed Taha Abdelrahman Zalama berkata, Malaysia merupakan negara yang sangat bertuah kerana tanahnya subur dan sesuai dengan pelbagai tanaman berbanding Mesir yang bergantung kepada tanaman bijirin.

"Jadi adalah sangat baik kami diberi pendedahan dengan konsep pertanian di sini, saya sangat gembira dan sudah mengambil gambar dan video untuk dikongsi apabila pulang nanti," jelasnya.

Rombongan delegasi turut dibawa melawat ke beberapa lokasi antaranya Pasar Bisik Kuala Muda, Desa Keda Tepi Sungai, Bengkel Biskut Tradisional di Bandar Laguna Merbok, Kedah Halal Park di Sungai Petani dan seterusnya ke Nira Napiah di Yan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!