Pembebasan Ahmad Zahid kukuh kembali imej UMNO - Ahmad Maslan

Ahmad (tengah) selepas program Jelajah Belanjawan 2024 Pahang, di sini pada Isnin.
Ahmad (tengah) selepas program Jelajah Belanjawan 2024 Pahang, di sini pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Isnin diyakini mampu memulihkan imej dan membantu mengukuhkan kembali UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu membersihkan imej Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO dan parti itu daripada pelbagai tuduhan dan dakwaan dilemparkan pihak lawan.

"Kita menghormati keputusan mahkamah, saya secara peribadi sudah mengetahui kes tersebut adalah tidak berasas sejak Datuk Seri Ahmad Zahid dituduh pada 2018.

"Saya lega perkara ini akhirnya selesai dan bolehlah kita meneruskan imej Presiden dan UMNO tentunya menjadi positif daripada tohmahan dan tuduhan yang dibuat oleh pihak yang tidak suka kepada UMNO," katanya pada sidang media selepas program Jelajah Belanjawan 2024 Pahang, di sini pada Isnin.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Ahmad berkata, keadilan akhirnya dibuktikan bahawa sebenarnya perkara yang tidak sepatutnya dikenakan akhirnya jelas dan nyata.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Ahmad memberitahu Ahmad Zahid telah menjadi mangsa pendakwaann politik terpilih kerana keengganannya untuk membubarkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu tanpa syarat, seperti yang diminta Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Bersatu pada waktu itu.

Ujarnya, perkara sama juga berlaku pada tahun 1996 apabila Tun Mahathir meminta Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk membubarkan parti Semangat 46 dan memasuki UMNO tanpa syarat.

"Itu pandangan saya, bila syarat itu tidak dipenuhi berlakulah pendakwaan politik terpilih dengan niat yang tidak baik, dikenakan kepada presiden UMNO (Ahmad Zahid)," katanya.

Beliau berharap pemimpin-pemimpin UMNO lain yang juga menjadi mangsa pendakwaan politik terpilih akan dibebaskan.

"Saya berharap keadilan dapat ditegakkan dan rakyat diminta jangan hilang kepercayaan terhadap sistem kehakiman negara," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!