Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Latheefa, Ahmad Zahid
Latheefa, Ahmad Zahid
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku suatu memalukan, beliau turut mempersoalkan rasional tindakan itu dibuat sedangkan mahkamah pada 24 Januari tahun lalu telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

"Apa kata pegawai-pegawai SPRM yang telah berhempas pulas sepanjang hidup mereka memerangi rasuah?

Apa mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan ini?" soalnya menerusi hataran di aplikasi X.

Terdahulu, pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Ia termasuk surat representasi oleh Presiden UMNO itu yang menyatakan pertuduhan dibuat ke atasnya dilakukan secara terburu-buru.

Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan yang setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!