Wanita diijab kabul dengan bapa kekasih

Bapa pengantin lelaki (baju cerah) mengambil tempat anaknya yang menghilangkan diri. - Foto Agensi
Bapa pengantin lelaki (baju cerah) mengambil tempat anaknya yang menghilangkan diri. - Foto Agensi
A
A
A

SOFIFI - Seorang gadis di Maluku Utara, Indonesia pasrah apabila terpaksa diijabkabulkan dengan bapa kepada teman lelakinya selepas pemuda itu menghilangkan diri pada hari perkahwinan mereka.

Insiden yang menarik perhatian penduduk tempatan dan pengguna media sosial itu berlaku di Desa Jikotamo, Kecamatan Obi, Halmaheran Selatan baru-baru ini.

Dalam rakaman video yang tular jelas memaparkan bapa mempelai lelaki mengambil tempat anaknya yang gagal dikesan.

Dalam pada itu, kedua-dua keluarga menjelaskan bahawa bapa mempelai lelaki hanya wakil bukannya menjadi pengganti yang menjadi suami kepada gadis malang tersebut.

Tindakan itu diambil kerana keluarga pengantin perempuan mahu mengelak malu selain kedua-dua belah pihak telah menjemput tetamu.

"Kami belum lagi memikirkan tindakan undang-undang, sekarang kami mahu pengantin lelaki memunculkan diri dan sesiapa yang terlihatnya sila maklumkan kepada kami," kata Wisto Ahmad, abang kepada pengantin perempuan.

Sementara itu, Ketua Bidang Hukum Penghulu Maluku Utara, Ongky Nyong menganggap pernikahan tersebut sebagai tidak sah kerana secara terang-terangan menyalahi hukum, rukun dan syarat perkahwinan dalam Islam.

"Hukum ayah mewakili anaknya untuk melangsungkan akad pernikahan adalah sah dan diharuskan. Namun, diwajibkan kepada ayah untuk menyebut di dalam akad ijab dan kabul bahawa dia terima nikah bagi mewakili pihak pengantin lelaki sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi dalam kes ini ia tidak sah berdasarkan syarat perkahwinan, apa lagi melihat mempelai lelaki yang hilang tanpa dapat dikesan," ujarnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!