Penduduk terkejut enam motosikal musnah terbakar

Enam buah motosikal terbakar dalam kejadian di Rumah Pangsa Tanjung Bidara, Taman Bidara Permai di sini, pada Isnin.
Enam buah motosikal terbakar dalam kejadian di Rumah Pangsa Tanjung Bidara, Taman Bidara Permai di sini, pada Isnin.
A
A
A

ALOR GAJAH - Penduduk Rumah Pangsa Tanjung Bidara, Taman Bidara Permai di sini, pada petang Isnin, terkejut apabila enam buah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir kenderaan musnah dalam kebakaran.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Kamarullizam Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 petang daripada orang awam.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.43 petang.

"Setiba di lokasi didapati benar berlaku insiden terbabit dan anggota terus melakukan kerja-kerja memadam kebakaran sebelum api dapat dikawal lebih kurang jam 2.43 petang.

"Tiada mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan kira-kira jam 4.21 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan pihak bomba mendapati punca kebakaran disebabkan sebuah motosikal telah mengalami kerosakan pada sistem pendawaian.

"Keadaan itu menyebabkan api dari motosikal itu merebak ke motosikal lain.

"Terdapat saksi awam yang melihat kepulan asap keluar dari salah sebuah motosikal terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, siasatan polis melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tiada kelihatan individu yang datang ke tempat motosikal sebelum kejadian.

"Jumlah kerugian belum dapat dipastikan dan tiada mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dalam kes ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!