Dakwaan pembantu rumah dicederakan bekas ahli politik disiasat

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berhubung kes pembantu rumah didakwa dicederakan oleh seorang bekas ahli politik yang juga majikannya pada Isnin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan sebelum ini dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 22 Ogos lalu.

"Mangsa berumur 54 tahun yang merupakan wanita warga asing itu tampil membuat laporan polis kira-kira jam 4.16 petang mendakwa dicederakan individu yang juga merupakan ahli perniagaan itu.

"Susulan kejadian, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

"Beberapa tindakan masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan untuk mendapatkan pertuduhan ke atas suspek," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!