'Pak guard' hospital serang wartawan

Beberapa wartawan cuba meleraikan pergelutan yang berlaku di unit forensik, HSB semalam.
Beberapa wartawan cuba meleraikan pergelutan yang berlaku di unit forensik, HSB semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua orang wartawan mendakwa dikasari pengawal keselamatan Hospital Sultanah Bahiyah ketika membuat liputan di Unit Forensik di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam, seramai sembilan wartawan sedang membuat liputan seorang kanak-kanak yang meninggal dunia akibat terjerut tali buaian.

Kesemua wartawan sedang berbual di kawasan parkir unit forensik hospital sebelum didatangi keluarga mangsa yang enggan membenarkan rakaman pada malam tersebut disiarkan.

Pihak wartawan yang akur dengan permintaan tersebut, mula untuk beredar dari hospital.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan wanita yang berada di tempat kejadian mengeluarkan kata-kata kesat dan menimbulkan provokasi supaya ahli keluarga mengambil dan menularkan gambar kesemua wartawan terbabit.

Ketika itu juga berlaku pertengkaran antara wartawan dan pengawal keselamatan terbabit sebelum salah seorang daripadanya bertindak menyerang dan mencekik seorang jurugambar yang sedang merekod video sebagai bukti.

Seorang wartawan lelaki yang cuba meleraikan serangan tersebut turut dicekik oleh pengawal keselamatan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Wartawan terlibat menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Langgar, semalam.
Wartawan terlibat menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Langgar, semalam.

Susulan itu, suatu laporan polis dibuat pada jam 1.50 pagi di Balai Polis Langgar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian tersebut dan akan membuka kertas siasatan membabitkan laporan yang dibuat.

Pihak pengurusan hospital yang dihubungi turut memohon maaf atas tindakan kumpulan pengawal keselamatan tersebut dan akan mengambil tindakan susulan terhadap semua yang terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!