Panda gergasi, Cheng Gong sudah tiada

Panda betina,Cheng Dong dilaporkan mati pada Ahad di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda gergasi Chengdu. - Agensi
Panda betina,Cheng Dong dilaporkan mati pada Ahad di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda gergasi Chengdu. - Agensi
A
A
A

CHENGDU - Seekor panda gergasi diberi nama Cheng Gong yang menawan hati pencinta haiwan melalui telatahnya mati pada usia 23 tahun atau bersamaan dengan 80 tahun umur manusia.

Kematian Cheng Gong diumumkan Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda gergasi Chengdu pada Isnin.

Menurut kenyataan pusat konservasi yang berpangkalan di wilayah Sichuan, barat daya China itu, Cheng Gong ditemui mati pada Ahad dalam keadaan berbaring mengiring ke kiri dalam postur yang santai.

"Tiada keadaan abnormal ditemui dalam kandangnya," menurut kenyataan itu.

Cheng Gong atau 'kejayaan' dalam bahasa Inggeris dilahirkan pada 11 September 2000.

Panda betina itu melahirkan sembilan anak termasuk pasangan kembar He Hua dan He Ye yang menjadi kesayangan kakitangan dan pengunjung pusat konservasi tersebut. - Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!