Masalah kesihatan bukan halang keluar mengundi

Harudin
Harudin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Biarpun berdepan masalah kesihatan namun ia bukan penghalang bagi Sarjan Mejar (SM) Harudin Md Sari, 49, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Anggota Bahagian Kejuruteraan Polis Marin Wilayah Dua itu berkata, dia tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab berkenaan biarpun bertugas pada Selasa.

Justeru katanya, dia memilih untuk hadir ke pusat mengundi seawal 7.30 pagi dan menyelesaikan tanggungjawab mengundi dengan segera.

"Saya sebenarnya tidak sihat kerana pernah jatuh sebelum ini dan kena slip disc.

"Tapi, saya tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

"Sebab itulah, saya pilih untuk datang awal supaya dapat selesaikan undi awal sebelum sambung semula tugas saya hari ini," katanya.

Untuk rekod, Harudin menjadi pengundi pertama yang membuang undi pada proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor di sini, pada Selasa.

Sementara itu Harudin berkata, suasana pengundian awal kali ini didapati lebih meriah berbanding pilihan raya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya dapati suasana mengundi awal kali ini lebih meriah... Mungkin disebabkan undi awal kali ini lebih tertumpu di Parlimen Pulai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!