England jalan terus tanpa Grealish, Alexander-Arnold

Grealish (kiri) dan Alexander-Arnold. - Foto: Agensi
Grealish (kiri) dan Alexander-Arnold. - Foto: Agensi
A
A
A

PENYERANG Manchester City, Jack Grealish dan pemain tengah Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah diketepikan daripada perlawanan England pada September berikutan kecederaan dialami kedua-dua pemain terbabit, kata Persatuan Bola Sepak England.

Jack Grealish, 27, dan, Alexander-Arnold, 24, sebelum itu melaporkan diri di pusat bola sepak kebangsaan, St George's Park.

Namun, kedua-duanya kemudiannya menarik diri daripada skuad England selepas menjalani penilaian kesihatan berkaitan kecederaan yang dialami sebelum kem bermula.

"Grealish dan Alexander-Arnold terpaksa diketepikan daripada menyertai panggilan skuad kebangsaan selepas penilaian pasukan perubatan The Three Lions.

"Pengurus Gareth Southgate juga tidak akan menambah pemain ke dalam skuad yang diumumkannya Khamis lalu," kata badan induk bola sepak England itu.

Pasukan Southgate akan menentang Ukraine dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Euro 2024 di Stadion Miejski Wrocław, Poland pada tengah malam Ahad.

Sebagai rekod England mendahului Kumpulan C dengan 12 mata daripada empat perlawanan, enam mata di depan Ukraine di tempat kedua.

Tempat ketiga Itali (tiga mata), Macedonia Utara (tiga mata) dan Malta (0 mata).

Artikel Berkaitan:

England kemudian akan ke Glasgow untuk menentang Scotland dalam perlawanan persahabatan tiga hari selepas itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!