Pelumba drag Hattem Rashdi maut kemalangan di litar lumba

Hattem meninggal dunia ketika dirawat di hospital akibat kemalangan ketika perlumbaan drag pada awal pagi Ahad lalu. - Pix Ihsan Pembaca
Hattem meninggal dunia ketika dirawat di hospital akibat kemalangan ketika perlumbaan drag pada awal pagi Ahad lalu. - Pix Ihsan Pembaca
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Pelumba drag, Hattem Rashdi meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Berita pemergian Hattem disampaikan oleh kakaknya dalam cerita Instagram di akaun (Hattem).

“Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan bahawa Hattem Rashdi telah meninggal dunia pada jam 2.29 petang, hari ini (Isnin).

“Mereka yang mengenalinya boleh menghadiri pengebumiannya pada pukul 9 pagi esok (Selasa). Terima kasih. Al-Fatihah,” tulis kakaknya.

Difahamkan, ini merupakan acara kedua anjuran MUSC Motorsport yang melibatkan kematian.

Sebelum ini, MUSC juga pernah menjadi penganjur acara Battle of The King (BOTK) 2022 di Trek Lumba Terengganu di Gong Badak dan salah seorang pesertanya maut dalam kemalangan ketika perlumbaan, tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superitenden Mohd Zaidi Mat Zin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!