Nik Abduh dilantik sebagai senator

Nik Abduh
Nik Abduh
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.

Cadangan pelantikan Nik Abduh itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ia mendapat sokongan dari Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

ADUN Kelantan secara mojoriti menerima cadangan tersebut.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!