Heliza sepatutnya merasai Ramadan di Gaza

Penyanyi, Heliza Helmi
Penyanyi, Heliza Helmi
A
A
A

PENYANYI dan aktivitis misi kemanusiaan, Heliza Helmi memberitahu sepatutnya Ramadan ini dia akan berpuasa di Gaza, Palestin.

Bagaimanapun, Nur Heliza Helmi atau lebih dikenali Heliza, tidak dapat pergi kerana menyifatkan perkara itu sebagai ketentuan ALLAH.

“Saya sepatutnya pergi ke sana pada 3 Mei sebab nama naik termasuk untuk masuk ke dalam Gaza.

No Image Caption

“Namun ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik. Rindunya untuk ke sana tak tertanggung rasanya.

“Kalau tidak saya pasti dapat merasai pengalaman berbuka puasa dan sahur di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi ditemui pada program Himpunan Artis Sayang al-Quran penganjuran kali keempat di Istana Budaya, semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!