Langkah kanan Tze Yong di China
PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong memulakan Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou dengan langkah kanan.
Lebih manis dalam kejohanan berstatus Super 1000 yang menawarkan hadiah AS$2 juta (RM9.32 juta) itu, Tze Yong meraih kemenangan setelah menewaskan juara Malaysia Masters 2023, HS Prannoy dari India dalam saingan awal pada Selasa.
Dalam saingan itu, Tze Yong meraih kemenangan menerusi tiga set permainan 21-12, 13-21 dan 21-18 dalam tempoh lebih sejam.
Menanti Tze Yong di pusingan kedua ialah Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.
Sebagai rekod Tze Yong pernah mengalahkan Shesar 21-9 dan 21-12 dalam Kejohanan Seluruh England Mac lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!