Serian, Kuching dan Shah Alam catat bacaan IPU tidak sihat
SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan tahap tidak sihat di tiga kawasan iaitu Serian, Kuching dan Shah Alam setakat jam 1 petang Selasa.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (APIMS), bacaan IPU di Serian adalah 152, Kuching (152) dan Shah Alam (149).
Selain itu, beberapa kawasan dalam IPU sederhana menghampiri bacaan IPU yang tidak sihat seperti di Samarahan (99), Sri Aman (98), dan Putrajaya (96).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori baik, 51 ke 100 di kategori sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 ke 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas dalam kategori bahaya.
Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui bacaan IPU terkini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!