Perunding acara maut ditikam di Ampang Jaya

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang perunding acara ditemukan mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan perut di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata lelaki yang berusia 33 tahun itu ditemukan dalam keadaan terlentang serta berlumuran darah oleh rakannya kira-kira pukul 1 pagi yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.

“Rakan lelaki itu mendakwa mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis sedang menjalankan siasatan dengan bantuan pasukan K9 dan Pakar Patologi Forensik dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini, katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!