PRK: 73 peratus keluar undi awal setakat 1 tengah hari
JOHOR BAHRU - Sebanyak 73 peratus daripada 927 anggota dan pegawai polis telah menunaikan kewajiban mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, setakat jam 1 tengah hari pada Selasa.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan berkenaan dicatatkan setakat jam 1 tengah hari bagi dua pusat mengundi awal melibatkan Markas Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi dan Balai Polis Kempas.
Untuk makluman, pusat mengundi awal di Markas Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi ditutup pada 12 tengah hari setelah dibuka pada 8 pagi.
Bagi pusat mengundi awal di Balai Polis Kempas pula bakal ditutup sekitar jam 5 petang setelah dibuka pada jam 8 pagi.
Proses undi awal di kedua-dua lokasi berkenaan turut dikunjunginya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh hadir di pusat pengundian awal berkenaan pada jam 9.20 pagi bagi meninju proses pengundian awal.
Kedua-dua pusat mengundi awal itu turut dikunjunginya Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Ketiga-tiga calon bertanding pada PRK Pulai kali ini iaitu Suhaizan Kaiat yang mewakili (PH), Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohd Fauzi (Bebas) turut berkesempatan meluangkan masa untuk meninjau keadaan sekeliling.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!