Polis Johor lulus 24 permit ceramah, kempen

Sebahagian anggota dan pegawai Polis membuat semakan sebelum mengundi.
Sebahagian anggota dan pegawai Polis membuat semakan sebelum mengundi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis Johor meluluskan 24 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai (P.161) dan DUN Simpang Jeram (N.13) pada Selasa.

Menurut jurucakap media PRK Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som, kesemua permit berkenaan melibatkan sembilan permit ceramah dan lapan permit kempen bagi Parlimen Pulai dan empat permit ceramah dan tiga permit kempen bagi PRK DUN Simpang Jeram.

"Bagi tempoh 26 Ogos hingga 4 September 2023, sebanyak dua kertas siasatan dibuka.

"Selain itu, sebanyak 294 permit daripada 302 permohonan yang diterima," katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Polis Johor turut menasihatkan agar semua parti dan kumpulan penyokong masing-masing, dapat saling menghormati antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian.

Ia turut termasuk berkempen secara berhemah tanpa menyentuh sensitiviti terutamanya isu Agama, kaum daninstitusi Diraja (3R).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!