Wanita cari siput maut dipatuk ular

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
SIBU - Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Ulu Machan, Kanowit, dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong pada Selasa.



Katanya, mayat Florence Galu, 48, ditemukan pada lebih kurang 8.15 malam, Ahad, dalam keadaan terapung di dalam sungai oleh penduduk Rumah Rundang, Nanga Manggut yang mencari mangsa selepas mangsa tidak pulang ke rumah panjang sejak 4 petang Sabtu lepas.

"Siasatan mendapati mangsa telah dipatuk ular di pergelangan tangan sebelah kanan dan tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam beradik dan belum berkahwin ditemukan kira-kira 30 meter dari rumah panjang terbabit.
Artikel Berkaitan:


Mangsa selepas itu dibawa ke rumah panjang dan dikebumikan hari ini. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!