Kes tembak: Lima individu dibebaskan dengan jaminan polis

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KLANG - Lima individu diberkas berkaitan kes seorang lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar 30 Ogos lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kesemua suspek itu berumur antara 30-an hingga 40-an.

"Polis sebelum ini menahan kesemua suspek berkenaan bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

"Usaha mengesan beberapa lagi individu dipercayai terlibat dalam kejadian masih lagi dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Vijaya berkata, setakat ini motif berkaitan kejadian masih lagi dalam siasatan.

"Motif sedang disiasat pihak polis bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

"Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

30 Ogos lalu, seorang lelaki ditemui maut dipercayai ditembak dalam kejadian di hadapan bangunan rumah kedai dua tingkat Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini.

Artikel Berkaitan:

Kejadian tersebut disedari orang awam di sekitar lokasi kejadian sebelum menemukan mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah.

Polis sebelum ini mengesahkan mangsa berumur 36 tahun itu turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!