Kian Meng-Pei Jing kecewakan rakan senegara di China

Kian Meng (kiri) dan Pei Jing akan berdepan pasangan Indonesia pada pusingan kedua Terbuka China di Changzhou. Foto Facebook BAM
Kian Meng (kiri) dan Pei Jing akan berdepan pasangan Indonesia pada pusingan kedua Terbuka China di Changzhou. Foto Facebook BAM
A
A
A

BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou pada Selasa.

Dalam kejohanan berstatus Super 1000 itu menyaksikan mereka menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai straight set 25-23 dan 21-15 dalam tempoh 41 minit permainan.

Soon Huat (kiri) dan Shevon terpaksa akur tersingkir awal daripada saingan Terbuka China di Changzhou pada Selasa. Foto Facebook BAM
Soon Huat (kiri) dan Shevon terpaksa akur tersingkir awal daripada saingan Terbuka China di Changzhou pada Selasa. Foto Facebook BAM

Menariknya, ia merupakan kali ketiga Kian Meng-Pei Jing berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Soon Huat-Shevon daripada sembilan pertemuan di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, Kian Meng-Pei Jing bakal berdepan ujian sebenar apabila akan berdepan dengan pasangan Indonesia, Praveen Jordan- Melati Daeva Oktavianti pada Pusingan 16.

Pasangan Indonesia itu mara ke pusingan kedua selepas mengejutkan beregu tuan rumah yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xi 21-16, 12-21 dan 21-16.

Kian Meng-Pei Jing akan mengharungi cabaran besar kerana mereka belum pernah menang ke atas Praveen-Melati dalam aksi di peringkat antarabangsa.

Sebagai rekod, kedua-dua pasangan itu pernah bertemu sebanyak dua kali - Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2020 dan Terbuka Thailand 2019.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun kemenangan bagi kedua-dua aksi berpihak kepada Praveen-Melati.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang menewaskan Debora Jille-Cheryl Seinen 17-21, 21-17, 21-10.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!