Polis akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat
KUALA LUMPUR - Polis menerima dua laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya berkaitan 'fatwa' haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dijalankan selepas pihaknya menerima laporan.
---
"Kita akan memanggil Muhyiddin dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!